SEJARAH MASJID JABAL AN-NUR BAHAGIAN KAPIT
Bahagian Kapit sangat sinonim dengan Sungai Batang Rejang yang menjadi nadi kehidupan masyarakatnya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang pertama kali hendak menjejakkan kaki ke Kapit, pasti bertanya bagaimana rasanya menaiki Bot Ekspres. Perjalanan ke Bandar Kapit dengan menggunakan Bot Ekspres dari Bandar Sibu mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Penduduk Islam Kapit merupakan sebahagian daripada masyarakat minoriti yang mendiami Bahagian Kapit. Di Daerah Kapit, terdapat dua buah Kampung Melayu Islam iaitu Kampung Baru dan Kampung Muhibbah. Sebelum terbinanya Masjid Jabal An-Nur, Masjid Jame' Kampung Baru merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di daerah ini yang juga merupakan Masjid Bahagian Kapit. Masjid tersebut adalah masjid yang telah lama didirikan dan sentiasa dibaikpulih dari semasa ke semasa. Pada masa sekarang, masjid tersebut tidak mampu untuk menampung pertambahan jemaah di Kapit lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.

Oleh itu, cadangan awal pembinaan Masjid Bahagian Kapit yang baru adalah atas permintaan masyarakat Islamnya dan juga untuk menampung pertambahan jemaah serta memberi keselesaan kepada masyarakat Islam di Bahagian Kapit terutama sekitar Bandar Kapit untuk menjalankan ibadah dan aktiviti keagamaan.
Projek pembinaan Masjid Bahagian Kapit yang baru ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan projek pembinaan Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit dan Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Kapit. Kerja-kerja penilaian tapak projek ini telah dijalankan dan telah diluluskan pada Mei 1999 dan ia termasuk dalam projek RMK-8. Lokasi Masjid ini terletak di Lot 738, Block 13, Menuan Land District iaitu lebih kurang 2KM dari pasar Kapit.

Kontraktor utama yang membina projek ini adalah Polybuilding Construction Company yang mana kerja-kerja pembinan telah dimulakan pada 16 Oktober 2003. Walaupun projek ini agak lambat disiapkan mengikut jadual asal, tetapi akhirnya ia telah berjaya disiapkan pada 30 November 2006. Kos keseluruhan bagi pembinaan Masjid Bahagian Kapit dan Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit serta Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Kapit ini adalah berjumlah RM 9,463,831.45[1].
Bangunan Masjid ini terdiri daripada dua tingkat yang berkapasiti 1,300 jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini adalah ruang solat utama yang luas, 4 blok tandas lelaki dan wanita yang selesa, tempat wudhu lelaki dan wanita, 5 buah bilik berhawa dingin bagi kegunaan Pegawai Masjid, Perpustakaan, pentadbiran dan pengurusan, mesyuarat dan aktiviti kelas keagamaan. Antara infrastruktur luaran yang disediakan adalah jalan masuk yang lebar, tempat letak kereta sebanyak 85 lot, sistem peparitan dan sistem kumbahan yang sistematik. Keluasan tanah masjid ini dianggarkan 15.339 hektar.
[1] Maklumat diperolehi daripada Profil Projek yang disediakan oleh JKR.

Selain daripada itu, bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU) terdapat juga laluan pejalan orang kurang upaya serta tandas orang kurang upaya telah disediakan. Bagi orang tua dan cacat, tempat wudhu yang sesuai untuk mereka turut disediakan. Ini menunjukkan bahawa masjid ini adalah masjid yang mesra pengguna serta mempunyai kemudahan dan insfrastruktur yang terbaik.
Pada tanggal 29 Zulhijjah 1427H bersamaan 19 Januari 2007, masjid ini telah merakamkan sejarah yang begitu bermakna kerana telah dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Beliau turut juga merasmikan Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit dan Jabatan Kehakiman Syariah Bahagian Kapit. Serentak dengan itu, YAB Ketua Menteri pada hari itu juga telah menamakan Masjid Bahagian Kapit ini dengan nama Masjid Jabal An-Nur yang membawa maksud 'bukit yang bercahaya'. Ini kerana Kapit terletak dalam kawasan yang berbukit bukau dan masjid ini juga terletak di atas bukit.
Pada masa yang sama juga, Sambutan Maal Hijrah 1428H Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung di Bahagian Kapit. Oeh itu, masjid ini telah digunakan untuk Majlis Doa Akhir dan Awal Tahun yang telah dihadiri oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Salahuddin serta isteri Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datin Patinggi Hajah Norkiah.

Masjid Jabal An-Nur ini telah menjadi Masjid Bahagian Kapit yang baru bagi menggantikan Masjid Jame' Kampung Baru. Ia telah digunakan secara rasmi pada 19 Januari 2006 yang mana Solat Jumaat turut didirikan pada hari yang sama. Ianya adalah antara masjid yang tercantik dan terindah di Negeri Sarawak serta menjadi kebanggaan dan penghormatan kepada masyarakat Islam di Bahagian Kapit. Oleh kerana keindahan dan keunikan masjid tersebut, ia telah menjadi daya tarikan kepada masyarakat Islam Kapit termasuk masyarakat bukan Islam untuk melihat keindahan masjid tersebut.
Masjid ini mempunyai rekabentuk yang tersendiri dan unik. Ia menggabungkan senibina tempatan dan juga moden. Ianya dilengkapi dengan 'sportlight' yang diletakkan di setiap penjuru sisi bangunan, kubah dan tiang masjid ini. Oleh itu, apabila semua lampu ini dinyalakan pada waktu malam, masjid ini akan 'bermandikan cahaya' yang terang-benderang.

Disediakan Oleh : Ustaz Morshidi ( JAIS Kapit ):